TIDAK semua minyak menjimatkan. Bagaimanapun, syarikat gergasi Shell membuktikan minyak dihasilkannya mampu memberikan penjimatan kepada pengguna setianya.
Menerusi kaji selidik dilakukan dengan Guinness Anchor Berhad (GAB) yang penggunaan kenderaan syarikatnya tinggi untuk penghantaran barang mendapati minyak Shell mampu memberikan penjimatan.
Kerjasama itu menyaksikan pemantauan terhadap jumlah penggunaan minyak pemandu yang memandu dari Melaka, Johor, Kuantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Mereka turut diberikan panduan berhubung tip penjimatan minyak Shell dan jenis minyak.
Kaji selidik itu memasukkan maklumat bacaan odometer setiap kali mengisi minyak di Shell, pengumpulan data, latihan penjimatan minyak untuk pemandu dan pemandu memandu selama empat minggu menggunakan Shell Super.
Hasilnya 41 peratus responden mengatakan Shell memberikan penjimatan ekonomi lima hingga 20 peratus.
Pasangan Taylors yang dibawa khas untuk memberi panduan penjimatan minyak sebelum ini berjaya mencipta rekod mengelilingi dunia dalam masa 78 hari dengan 24 tangki penuh minyak (1,303 liter).
Pengarah Urusan Shell Trading (M) Sdn Bhd, Datuk Mohzani Abdul Wahab, berkata teknik penjimatan diajar Taylors sesuatu yang mampu dilakukan semua pengguna kenderaan.
“Mudah dan praktikal, petua penjimatan ini hanya memerlukan seseorang pemandu menjadi lebih berdisiplin. Apa juga jenis kenderaan, gaya pemanduan yang betul boleh memberikan penjimatan sehingga 20 peratus,” katanya.
Berikut petua penjimatan petrol disyorkan Shell untuk pemandu:
Tukar ke gear tinggi dengan lebih cepat
Elakkan memecut secara mengejut
Elakkan membrek mengejut
Pastikan angin tayar mencukupi
Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak
Elakkan membawa muatan berlebihan
Matikan enjin apabila kenderaan tidak bergerak
Gunakan penyaman udara secara berhemat
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis
Elak memandu terlalu laju
Tukar minyak pelincir mengikut jadual
Gunakan minyak pelincir bermutu tinggi seperti Shell Helix.
Wednesday, June 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment